Friday, June 29, 2012

Leopard VS Tiger

i was soo bored last night...

No music..no tv..no..novel..no internet..no couple..hhi(kunun2 nya la tu sunyi sepi..bajet bersendirian sangat,,)

ok ok,,semalam neyla tengok youtube,, make up tutorial...best,,,so neyla pun tryla...tapi sori ek..blog neyla ni bukan untuk mengajar atau mau jadi tutorial make up,..cuma untuk saja2 dan suka2...so semua ni neyla buat untuk mengisi masa lapang ja..

ok.,,jom tengok hasilnya...
















 




 



HAHHA..da tengok hasilnya? mcm muka kucing parsi  kn...hihi out out muka Leopard VS Tiger,,

~Neyla~



Thursday, June 28, 2012

hormat tanda sayang





jelas x gambar di atas? eheh lucu kan,,,
tapi page kali ni bukan untuk menilai dimana lucunya gambar tu...tapi...neyla nak sentuh sikit pasal,,,dimana nilai kerhomatan tu,,,

- Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (perihatin)

- Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tidak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.
- Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.
- Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.
- Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita.- Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita. Sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.- Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!- Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.
- Bila lelaki cakap..”Emm..tengoklah dulu”..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.
- Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya
.- Kebanyakan lelaki yg nampak ‘desperate’, datang dari sekolah all boys! (how true)
- Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.
- Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini…
- Kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.
- Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yg istimewa…yang lain hanya kawan..
- Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari…maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja….Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!
- Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.
- Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti…
- Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita. Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan. Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yg hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!

ah,,ini adalah untuk renung kita bersama ok..bukan niat untuk menyalahkan mana2 pihak..cuma hormat adalah tanda kita menyayangi pasangan kita,,,kn kn kn,,,
~Neyla~

ini Neyla

Petang2 begini best kalo update Blog cerita baru..antara neyla dan sekeliling,,hihih da nie page memang untuk cerita neyla kan..so neyla kongsikan cerita tentang neyla la...hihi

when i get bored..i will do someting and sher it,,eehh kelmarin company neyla buat ceramah pasal safety & health dekat Grand Borneo Hotel..so rasanya korang sedia maklumkan..kalo dengar ceramah pasal safety&health ni mesti boring tahap dewa mata satu kan(sleepy ok)....hihi so dari menyiksa perasaan yang tersekat untuk tidur,,neyla ngn member neyla pun...mulala menkan peranan,,,hihih

ah nie la hasilnya..mengantok kompem hilang...













jangan tiru aksi ini tau,..sebab,,,ilmu x akan dapat masuk dalam kepala otak ni..time mengantok dan men2...ahhah

~Neyla~



Sunday, June 24, 2012

aku terima dengan redha dan aku pasrah segalanya..


Perbezaan antara makna Pasrah dan Redha

.



Assalamualaikum...

Redha berasal dari kata radhiya-yardha yang bererti menerima suatu perkara dengan lapang dada tanpa merasa kecewa ataupun tertekan. Sedangkan menurut istilah, redha berkaitan dengan perkara keimanan yang terbahagi kepada dua iaitu, redha Allah kepada hamba-Nya dan redha hamba kepada Allah (Al-Mausu’ah Al-Islamiyyah Al-’Ammah: 698). Ini sebagaimana diisyaratkan Allah dalam firman-Nya, ”Allah redha terhadap mereka dan mereka pun redha kepada-Nya.” (QS 98: 8).

Redha Allah kepada hamba-Nya adalah berupa tambahan kenikmatan, pahala, dan ditinggikan derajat kemuliaannya. Sedangkan redha seorang hamba kepada Allah mempunyai erti menerima dengan sepenuh hati dan ketetapan dari Allah. Menerima aturan Allah ialah dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi semua larangan-Nya. Adapun menerima ketetapannya adalah dengan cara bersyukur ketika mendapatkan nikmat dan bersabar ketika ditimpa musibah.

Dari definisi redha tersebut terkandung isyarat bahawa redha bukan bererti menerima begitu saja segala hal yang menimpa kita tanpa ada usaha sedikit pun untuk mengubahnya. Redha tidak sama dengan pasrah. Ketika sesuatu yang tidak diinginkan datang menimpa, kita dituntut untuk redha. Dalam pengertian kita meyakini bahwa apa yang telah menimpa kita itu adalah takdir yang telah Allah tetapkan, namun kita tetap dituntut untuk berusaha. Allah berfirman,”Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan suatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.” (QS 13: 11).

Hal ini bererti redha menuntut adanya usaha yang aktif. Berbeza dengan sikap pasrah yang menerima kenyataan begitu saja tanpa ada usaha untuk mengubahnya. Walaupun di dalam redha terdapat makna yang hampir sama dengan pasrah iaitu menerima dengan lapang dada suatu perkara, namun di sana di tuntut adanya usaha untuk mencapai suatu target yang diinginkan atau mengubah kondisi yang ada sekiranya itu perkara yang pahit. Kerana redha terhadap aturan Allah seperti perintah mengeluarkan zakat, misalnya, bukan bererti hanya mengakui itu adalah aturan Allah melainkan di sertai dengan usaha untuk menunaikannya.

Begitu juga redha terhadap takdir Allah yang buruk seperti sakit adalah dengan berusaha mencari takdir Allah yang lain, iaitu berubat. Seperti yang dilakukan Khalifah Umar bin Khathab ketika ia lari mencari tempat berteduh dari hujan lebat yang turun ketika itu. Ia ditanya, ”Mengapa engkau lari dari takdir Allah, wahai Umar?” Umar menjawab, ”Saya lari dari takdir Allah yang satu ke takdir Allah yang lain.”
Dengan demikian, timbullah perbezaan antara makna redha dan pasrah, yang kebanyakan orang belum mengetahuinya. Dan itu boleh mengakibatkan salah persepsi mahupun aplikasi terhadap makna ayat-ayat yang memerintahkan untuk bersikap redha terhadap segala yang Allah tetapkan. Dengan kata lain pasrah akan melahirkan sikap fatalisme. Sedangkan redha justeru mengajak orang untuk optimistis. Wallahu a’lam.

Wednesday, June 20, 2012

The Lost World Of Tambun Perak

family day....?
wah punyalah excited dengar,,,nie cerita last year yang neyla mo kongsi,,kongsi apa? ah kongsi tempat percutian yang best d Malaysia ni..cuti-cuti Malaysia~,,(alamak sempat pulak lagu tu menyingah sekejap),, ok ok..if you're plaining to make holiday in the country, i want to suggest an intersting place.

Antaranya...kalau di Sabah..yang best mestila di :

1. KUNDASANG,,will be the first choice when come to Sabah.sebab tempat nie sejuk,nyaman,dan jauh dari kesibukan bandar,,nie di kaki Gunung Kinabalu siapa yang da stress sangat tu boleh la datang sini..singgah bah dulu di Sabah ni..











2. Simpang Mengayau Kudat,,ah sini pun best jugak..jauh dari bandar jugak,,,boleh terjun laut kalau berani...









3.The Lost world of  Tambun, Perak











boss ku interfrem..hihih sporting la boss neyla nie

menara condong ka nie?



Nak ikutkan hati banyak lg tau tempat di Malaysia ni tapi mls pulak mo sher pic n tempat yang menarik..tapi itu semua korang da sedia maklumkan..dimalaysia memang banyak jugak tempat yang ngam tuk bercuti,,

so kalau mo bercuti palan la bagus2 harap percutian korang lebih mengembirakan dan lebih bermakna...
adios~

~Neyla~