Tuesday, July 24, 2012

Wednesday, July 18, 2012

~ fakta menarik tentang kami(wanita)





1.Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2.Bila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3.Wanita susah untuk mencari sesuatu yang dia benci tentang orang yang paling dia sayangi (karena itu banyak wanita yang patah hati bila hubungannya putus di tengah jalan).

4.Jika seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di pikirannya walaupun ketika itu dia sedang bersama dengan lelaki lain.

5.Bila lelaki yang dia cintai merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6.Wanita memang menyukai pujian tetapi selalu tidak tahu cara menerima pujian.

7.Jika kamu tidak suka dengan gadis yang menyukai kamu setengah mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar dengannya karena ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tidak akan tahu bila dia telah membuat keputusan, dia akan melakukan apa saja.

8.Jika seorang gadis sedang menjauhkan diri darimu setelah kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Jika kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia secara perlahan-lahan.

9.Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10.Jangan sesekali beritahu kepada perempuan tentang apa yang membuat mereka langsung merasa tidak berguna.

11.Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12.Bila pertama kali lelaki yang dicintainya sedang memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telepon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebenarnya dia akan berteriak kerana gembira dan tak sampai sepuluh minit, semua kawan-kawannya akan mengetahui berita tersebut.

13.Sebuah senyuman memberi seribu arti bagi wanita. Jadi jangan senyum sembarangan kepada wanita.

14.Jika kamu menyukai seorang wanita, mulailah dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu lebih dalam.

15.Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia karena dia memang tak berminat denganmu.

16.Tetapi jika dalam waktu yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17.Jangan sesekali meneka apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

18.Setelah seorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya mengapa aku tidak bertemu lelaki ini lebih awal.

19.Kalau kamu masih mencari-cari cara yang paling romantis untuk memikat hati seorang gadis, bacalah buku-buku cinta.

20.Bila setiap kali melihat foto bersama, yang pertama dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

21.Bekas kekasihnya akan selalu ada di pikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat yang teristimewa di hatinya!!

22.Satu ucapan ‘Hai’ saja sudah cukup menceriakan harinya.

23.Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24.Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata untuk memikat kawan mereka yang lebih cantik.

25.Cinta berarti kesetiaan, jujur dan kebahagiaan tanpa syarat.

26.Semua wanita menginginkan seorang lelaki yang dicintainya dengan sepenuh hati.

27.Senjata wanita adalah airmata!!

28.Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya memberi surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kata-kata romantik). Mereka akan terharu dan merasakan bahwa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tidak akan ragu-ragu terhadapmu.

29.Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang memberi perhatian padanya dan baik terhadapnya. So, kalau ingin memikat wanita pandai-pandailah.

30.Sebenarnya mudah mengambil hati wanita karena apa yang mereka inginkan hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Tuesday, July 17, 2012

bahana putus cinta

wallllaaaweiiiii.....memang perit memang sakit....


ha..sekali sekali kita share pasal masalah putus cinta..nie dari pengalaman sendiri la,,,semestinya kita sebagai manusia...x lari dari melakukan kesilapan dan ingatlah bahawa manusia x yang sempurna,,tapi kita seharusnya berusaha jadi yang terbaik....insyALLAH...

ok ok...neyla nak bagi tips kalau kita mengalami masalah putus  cinta...banyak yang mengalaminya kan..tipu la atau memang luar biasala bagi mereka yang x pernah merasa bahana putus cianta ni..memang neyla tabik spring~Toing^ ^ ^



Umum kita sudah mengetahui bahawa berpasangan, bercinta, couple selain daripada hubungan sah suami isteri dan apa sahaja istilah yang seerti dengannya adalah haram di sisi agama kita Islam. Walau bagaimanapun, jika kita lihat pada generasi kita yang bergelar remaja sekarang, ramai yang hanyut dalam arus percintaan. Setelah terngadah baru tersedar bahawa cinta yang terbina itu memakan diri sendiri. Cinta yang terjalin tadi akhirnya sia-sia, punah seribu harapan, impian, dan janji-janji. 

Nasi sudah menjadi bubur, penyesalan memang akan tetap singgah. Kesunyian akan menerpa. Namun ingat wahai muslimah! Jangan pernah berkata yang hati anda kosong hanya kerana 'I have no boyfriend’ sebab Allah tetap ada. Kembalilah bersujud kepada-Nya. Tanamkan kepercayaan kepada-Nya. 

Sememangnya jodoh itu ketentuan Ilahi, tetapi kita pernah mendengar bahawa peluang tidak datang bergolek, begitu juga dengan jodoh. Berdoa juga adalah satu usaha, jadi berdoalah kepada-Nya moga dipertemukan dengan lelaki yang baik dan soleh. Ingat! Lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik, bukannya lelaki yang hensem untuk perempuan yang cantik dan sebaliknya. 

Jangan berasa rendah diri, ingatlah bahawa segala yang diciptakan Tuhan adalah cantik. Jika inginkan jodoh yang baik, perbaikilah diri anda, muhasabahlah diri, hentikan perkara yang dilarang-Nya dan kerjakan segala perintah-Nya selagi pintu taubat masih terbuka luas. Di sini, sekadar ingin mengutarakan pendapat dan berkongsi tips kepada para muslimah, jangan jadikan kegagalan cinta sebagai penamat hidup anda. Teruskanlah berusaha kerana dirimu begitu berharga.

TIPS MENGATASI PUTUS CINTA:


1. Kembali kepada-Nya – Banyakkan beribadah termasuk melakukan amalan sunat. Luangkanlah lebih masa dengan-Nya.

2. Sentiasa ingat jodoh itu ketentuan Allah - anggap semua yang berlaku adalah ujian daripada Allah dan ada hikmah disebaliknya. Sesungguhnya Allah tidak menurunkan ujian jika hamba-Nya tidak mampu untuk menanggungnya. Bersabarlah.

3. Meminta nasihat ibu bapa atau orang terdekat – Ibu bapa adalah yang terbaik dalam memberikan nasihat kerana sudah merasa asam garam kehidupan dan tahu apa yang terbaik untuk kita. Jika berasa malu atau takut untuk meminta nasihat daripada ibu bapa, sekurang-kurangnya berkongsilah masalah anda dengan orang yang terdekat dan rapat seperti kawan baik. Jangan pendamkan di dalam hati, nanti semakin merana diri.

4. Buang semua tentang si dia – Jika anda tidak sanggup membuang kenangan anda berdua, letaklah jauh dari sudut penglihatan anda supaya anda tidak berasa sedih dan ingin kembali dengannya. Buang nombor si dia dan segala mesej yang terdapat dalam telefon bimbit anda.

5. Sibukkan diri – Lakukan apa sahaja kerja yang baik dalam kehidupan seharian anda supaya anda tidak terlalu memikirkannya. Sekiranya ada aktiviti, libatkan diri. Dengan itu boleh mengurangkan kesedihan yang melanda.

6. Muhasabah diri – Jangan ikutkan perasaan, terimalah hakikat bahawa dirinya bukan untuk anda. Ada yang lebih baik.

7. Berkawan dengan ramai orang – Janganlah kerana putus cinta anda tidak mahu bergaul. Namun, kawal pergaulan anda sebagai seorang muslimah. Menambah kenalan adalah baik dalam mengukuhkan ukhwah. Di samping itu anda akan berasa kesedihan putus cinta itu akan hilang sedikit demi sedikit.



Dengan perkongsian ini, diharapkan serba sedikit dapat membantu muslimah sekalian yang mungkin menghadapi masalah putus cinta. Sekali lagi diingatkan, bercinta tanpa ikatan yang sah adalah HARAM. Kesannya adalah seperti ini, PUTUS CINTA. Akhirnya diri sendiri yang merana. 

Ayuh muslimah! Bangkitlah dengan kekuatan dirimu. Cinta manusia bukanlah segalanya, tetapi cinta kepada Allah cinta yang hakiki. Sampai suatu ketika, dengan adanya cinta terhadap-Nya, semoga Dia akan menjodohkanmu dengan lelaki yang mencintaimu untuk mendapat keredhaan-Nya.

A girl and a guy can be just friends, but at one point or another they will fall for each other. Maybe temporarily, maybe at the wrong time, maybe too late, or maybe forever.” 


Sulamkanlah cinta itu dengan ikatan yang SAH. Wallahua'lam.

~10 cara matang bila bergaduh

Perbalahan sentiasa berlaku. Tidak semua di antara kita sebagai manusia akan bersetuju dengan pendapat orang lain setiap masa. Orang lain juga pun takkan sentiasa setuju dengan pendapat kita. Namun demikian, dalam percintaan dan perhubungan, perbalahan boleh menjadi terlalu mengikut emosi, sampai ke tahap boleh melukakan hati pasangan.





10 Cara Bila Bergaduh :
1) Jangan Bersyarah
Dalam perhubungan yang matang, anda mesti menghormati pasangan anda dan juga diri sendiri sebagai orang dewasa. Bila anda mula bersyarah dengan panjang lebar kepada seseorang itu tentang kesalahannya, ini boleh mencetuskan perasaan yang amat tidak selesa dalam dirinya. Satu ‘kuasa’ memberontak dan tidak puas hati terhadap anda boleh wujud hasil dari sikap tersebut. Oleh itu, selain dari bersikap “anda adalah betul” dalam situasi seperti ini, adalah lebih baik anda bercakap tentang bagaimana cara untuk membetulkan kesilapan yang telah berlaku. Fokus anda mesti kepada bagaimana untuk menyelesaikan masalah yang timbul dan juga supaya perkara itu tidak berulang lagi.
.
2) Jangan Balas Dendam
Selalunya, bila hati seseorang itu benar-benar disakiti oleh pasangannya, dia juga akan bertindakbalas untuk menyakiti hati pasangannya semula. Biar pasangannya rasa bersalah dan rasa apa yang dia rasa. Kononnya supaya pasangannya sedar bahawa kesalahan telah dilakukan. Pada masa itu,tindakan macam ni seolah-olah idea yang bagus,sebenarnya akan memalapkan lagi perhubungan. Jangan bertindak begitu. Bila anda salahkan pasangan anda tentang sesuatu perkara dan cuba buat dia rasa bersalah, anda mengatakan bahawa anda betul dan dia salah-hukuman telah dijatuhkan, susah nak selesaikan pergaduhan anda!
.
3) Jangan Tinggikan Suara
Bila emosi dan kemarahan menguasai diri, adalah sukar untuk mengawal suara lebih-lebih lagi bila pasangan anda sendiri meninggikan suara kepada anda. Walau apa pun, anda mesti ingat, merendahkan nada suara dan bercakap dengan tenang dan tidak menengking amat penting bila berbincang dalam sesuatu konflik. Suasana tenang membolehkan anda dan pasangan mendengar dengan lebih baik apa yang diperkatakan terhadap satu sama lain. Konflik dapat diselesaikan dengan lebih cepat dan tidak merebak dengan lebih teruk dan merosakkan.
.
4) Elakkan Terlalu Peribadi dan Sensitif
Masa situasi konflik tengah hangat, janganlah terlalu sangat “terasa”, jangan terlalu sensitif atau “take it too personal”. Keadaan yang tengah “panas” boleh buat anda terlepas cakap.Oleh itu pastikan anda tidak terlalu sensitif atas segala yang sedang diperkatakan kerana selalunya emosi lebih menguasai keadaan pada waktu ini. Oleh itu,kadangkala ada waktunya perkara betul yang pasangan anda katakan boleh menjadi perkara yang amat sensitif bagi anda dan anda pula boleh terlepas cakap atau sengaja “melepas” cakap tanpa berfikir panjang.
.
5) Jangan Timbulkan Perkara-perkara Kecil
Bila tengah bergaduh tu, jangan timbulkan perkara-perkara kecil yang langsung tak membantu selesaikan masalah. Perkara-perkara kecil yang dalam 2-3 hari akan datang tu dah boleh lupa contohnya, tak perlulah diungkit. Fikir sebelum timbulkan benda-benda kecil macam ni sebab ia takkan membantu, membakar semangat marah dan terukkan lagi keadaan tu adalah. Benda-benda kecil ni termasuk la juga perkara yang dah lama terjadi dah 3 – 4 bulan lepas contohnya jadi tumpu hanya pada isu yang sedang berlaku.
.
6) Mendengar Dengan Teliti
Walaupun susah nak dibuat, anda perlu jadi pendengar yang baik dan teliti. Pasangan anda mungkin dengan jelasnya beritahu apa yang anda berdua perlu untuk selesaikan masalah tapi disebabkan anda tak ambil perhatian, tak dengar dengan baik dan teliti, bukan saja cadangan dia anda tak ambil kira,malah anda pula bagi penyelesaian yang takde kena-mengena dan merumitkan keadaan.
.
7) Fokus Satu Isu Pada Satu Masa
Seperti biasa yang anda mungkin dah banyak kali dengar ~ fokus! Perkara terbaik yang anda boleh buat ialah kenal pasti apa punca sebenar masalah dalam perhubungan anda sekarang dan cari penyelesaian untuk isu itu sahaja. Bila anda mula bercakap tentang banyak perkara, macam-macam isu, anda mengelirukan keadaan. Selesaikan satu persatu dan bergerak ke punca isu yang lain bila isu pertama selesai. Tentu sekali anda ingin tau apa cerita sebenar yang jadi punca mengeruhkan hubungan anda supaya masalah dapat selesai dengan cepat, jadi pastikan anda fokus!
.
8.) Jangan Serang!
Biasalah, dah terlalu marah sangat, anda pun “naik angin”… bila perkara macam ni berlaku, biasanya anda boleh menyerang peribadi pasangan anda. Sebelum perkara macam ni berlaku, fikir dan sedar bahawa ia TAKKAN membantu malah memburukkan keadaan. Anda ingin selesaikan masalah, bukan nak serang pasangan anda.
.
9) Mesti Hormat
Perbalahan/pertelingkahan dalam perhubungan boleh menjadikan sesuatu perhubungan itu lebih matang dan lebih rapat malah lebih indah setelah konflik dan isu berakhir dengan baik. Nak jadi macam ni, anda perlu faham perbalahan perlu di lihat dalam konteks “learning experience” atau proses belajar selain melihatnya dari satu sudut saja. Beri perhatian, sabar, tenang, buat “eye contact”, tanya soalan yang relevan dan diperlukan dalam masa yang sesuai. Ini adalah antara cara utama untuk menunjukkan sikap hormat kepada pasangan anda. Bersama, dengan sikap seperti ini anda berdua PASTI boleh menyelesaikan segala masalah yang melanda.
.
10) Jangan Tinggalkan
Satu lagi perkara yang sukar dibuat bila bergaduh ialah berada tetap dalam tempoh konflik itu sedang berlaku, dari mula sampai selesai. Ramai orang bila dah tak tahan, marah sangat, terus tinggalkan pasangan, bermaksud terus keluar dari “medan” konflik atau pertelingkahan sekaligus membiarkan situasi “tergantung” macam tu je. Pasangan pun dia tinggalkan. Walaupun rasa tak boleh tahan sangat, marah ke, “tension” ke, jangan angkat kaki, tinggalkan konflik dan pasangan macam tu je. Bagi tau dia anda perlukan masa sekejap untuk tenangkan fikiran sebentar, mungkin anda pergi duduk tempat lain kejap ke… kemudian pastikan anda datang semula. Ini secara tidak langsung menunjukkan anda seorang yang berkaliber dan dapat mengurus emosi dengan baik tak kiralah anda lelaki atau wanita.
.
p/s : Jika ada masalah bawak lah berbincang dan jangan la anggap perpisahan adalah penyelesaian segala-galanya. Renung2kan…Peace no war!!

~jangan terlalu memilih~



Suatu hari, Abraham berjalan-jalan dengan seorang teman sambil bersembang.

“Besok saya bakal menikah, Abraham,” kata temannya dengan nada gembira.

“Bukankah perkahwinan itu menyenangkan? Apakah Abraham pernah berfikir untuk menikah?” tanyanya.

Abraham tersenyum dan berkata,

”Di masa muda, tiada yang saya fikirkan selain menikah. Pada kenyataannya, begitu inginnya saya mendapatkan isteri sempurna sampai saya keliling dunia untuk mencarinya.”

Di Damaskus, saya bertemu dengan seorang wanita cantik yang baik dan menyenangkan. Tapi dia tak punya pengetahuan umum tentang dunia.

“Di isfahan, saya bertemu pula dengan perempuan yang baik, cantik dan berpengetahuan luas, tapi dia sosial dan tidak tertarik pada kehidupan yang bertunjangkan keagamaan.”

Tanya temannya, ” Abraham seterusnya pergi ke mana?”

Abraham kembali tersenyum “Saya lupa ke mana saya, tapi saya bertemu dengan seseorang perempuan yang benar-benar cantik, agamanya baik dan berpengetahuan luas tapi sayangnya, dia tidak mampu berkomunikasi dengan baik.

“Akhirnya saya ke Cairo dan di sana sesudah mencari ke sana sini, saya bertemu dengan seorang calon yang pada pandangan saya cukup sempurna. Dia memiliki segala sesuatu yang saya dambakan sebagai seorang isteri selama ini. Dia benar-benar sempurna.”

“Habis, kenapa Abraham tidak bernikah sahaja dengannya dan masih membujang sehingga kini?”

Sambil menggeleng-gelengkan kepalanya, Abraham membalas, ” Itulah, dia juga mencari suami sempurna.”


Moral :

“…aku tidak mencari yang terlalu sempurna, tetapi cukup bagiku yang sentiasa belajar untuk menyempurnakan imannya..

SHAWL



HAI....

kali nie neyla nak kongsi pasal hikayat shawl ni..zaman sekarang ni...da ramai remaja yg guna shawl sebagai tudung..yala kan sekarang zaman makin maju..memang banyak fesyen2 dan cara2 nak pakai tudung termasukla tutorial cara pemakaian tudung yang makin beleluasa,.,
neyla sendiri tengok dan ikut semuah perubahan tu,,yg penting masih mengikut hukum Allah...okey,,,

ok nak sher sikit pasal hikayat shawl ni...

ok ok...shawl atau selendang memang telah diunakan sejak berdekad2 lalu, ia bertujuan untuk menutupi sebahagian kepala mahupun tubuh si pemakai yang dikenakan dengan pelbagai jenis pakaian..


sejarah



Kashmir Textiles-Shawls, Namdas, Gubbas
Cashmere shawl manufactory.
Kashmir is a disputed territory between India and Pakistan. Kashmir was a pivotal point through which the wealth, knowledge, and products of ancient India passed to the world. Perhaps the most widely known woven textiles are the famed Kashmir shawls. The Kanikar, for instance, has intricately woven designs that are formalized imitations of Nature. TheChenar leaf (plane tree leaf), apple and cherry blossoms, the rose and tulip, the almond and pear, the nightingale—these are done in deep mellow tones of maroon, dark red, gold yellow and browns. Yet another type of Kashmir shawl is the Jamiavr, which is a brocaded woolen fabric sometimes in pure wool and sometimes with a little cotton added. The floral designing appears like heavy close embroidery-like weave in dull silk or soft pashmina wool, and usually comprises small or large flowers delicately sprayed and combined; some shawls have net-like patterns with floral ensemble motifs in them. Still another type of Kashmir shawl is the Dourukha, a woven shawl that is so done as to produce the same effect on both sides. This is a unique piece of craftsmanship, in which a multi-coloured pattern scheme is woven all over the surface, and after the shawl is completed, the rafugar (expert embroiderer) works the outlines of the motifs in darker shades to bring into relief the beauty of design. This attractive mode of craftsmanship not only produces a shawl which is reversible because of the perfect workmanship on both sides, but it combines the crafts of both weaving and embroidery.
The most expensive shawls, called Shatoosh, are made from the beard hairs of the wild Ibex and are so fine that a whole shawl can be pulled through a small finger ring.
The naksha, a Persian device like the Jacquard loom invented centuries later, enabled Indian weavers to create sinuous floral patterns and creeper designs in brocade to rival any painted by a brush. The Kashmir shawl that evolved from this expertise in its heyday had greater fame than any other Indian textile. Always a luxury commodity, the intricate, tapestry-woven, fine wool shawl had become a fashionable wrap for the ladies of the English and French elite by the 1700's. The supply fell short of demand and manufacturers pressed to produce more, created convincing embroidered versions of the woven shawls that could be produced in half the time. As early as 1803, Kashmiri needlework production was established to increase and hasten output of these shawls, which had been imitated in England since 1784 and even in France. By 1870, the advent of the Jacquard loom in Europe destroyed the exclusivity of the original Kashmir shawl, which began to be produced in Paisley, Scotland. Even the characteristic Kashmiri motif, the mango-shape, began to be known simply as the paisley.
The paisley motif is so ubiquitous to Indian fabrics that it is hard to realize that it is only about 250 years old. It evolved from 1600's floral and tree-of-life designs that were created in expensive, tapestry-woven Mughal textiles. Early designs depicted single plants with large flowers and thin wavy stems, small leaves and roots. As the designs became denser over time, more flowers and leaves were compacted within the shape of the tree, or issuing from vases or a pair of leaves. By the late 1700's, the archetypal curved point at the top of an elliptical outline had evolved. The elaborate paisley created on Kashmir shawls became the vogue in Europe for over a century, and it was imitations of these shawls woven in factories at Paisley, Scotland, that gave it the name paisley still commonly used in the United States and Europe. In the late 1700's and 1800's, the paisley became an important motif in a wide range of Indian textiles, perhaps because it was associated with the Mughal court. It also caught the attention of poorer and non-Muslim Indians because it resembles a mango. "Rural Indians called an aam or mango a symbol of fertility."[3][4][5]
Hesquiat woman wrapped in a shawl.
The first shawls, or "shals", were used in Assyrian times; later they went into widespread use in the Middle East.[6] Shawls were also part of the traditional male costume in Kashmir, which was probably introduced via assimilation to Persian culture. They were woven in extremely fine woollen twill, some such as the Orenburg shawl, were even said to be as fine as the Shatoosh. They could be in one colour only, woven in different colours (called tilikar), ornately woven or embroidered (called ameli).
Kashmiri shawls were high-fashion garments in Western Europe in the early- to mid-1800's. Imitation Kashmiri shawls woven in Paisley, Renfrewshire are the origin of the name of the traditional paisley pattern. Shawls were also manufactured in the city of NorwichNorfolk from the late 1700's (and some two decades before Paisley) until about the 1870s.
Silk shawls with fringes, made in China, were available by the first decade of the 1800's. Ones with embroidery and fringes were available in Europe and the Americas by 1820. These were called China crêpe shawls, China shawls, and in Spain mantones de Manila because they were shipped to Spain from China via the port of Manila. The importance of these shawls in fashionable women's wardrobes declined between 1865 and 1870 in Western culture. However, they became part of folk dress in a number of places including Germany, the Near East, various parts of Latin America, and Spain where they became a part of Romani (gitana) dress especially in Andalusia and Madrid. These embroidered items were revived in the 1920's under the name of Spanish shawls. Their use as part of the costume of the lead in the opera Carmen contributed to the association of the shawls with Spain rather than China.
Some cultures incorporate shawls of various types into their national folk dress, mainly because shawls were much more commonly used in earlier times.

ah itula serbah sedikit pasal permulaan shawl ni..
sekarang da dapat info..pasal shawl(^_^) wink wink

~Neyla~

Wednesday, July 11, 2012

~ Arabian ~

wahhh lmanya x update blog nie...ok ok neyla tau korang semua mesti rindu neyla kn..eheh ye ye jak,,

ok neyla x keja nie..mmg sekarang nie stress sesangat,,,tapi klo da stress tu baik x paya dilayan kan,,bagus lagi luang masa tuk update blog ni,,,kali ni neyla mo kongsi gambar ..makeup ala-ala arabian women..strong gitu,,memikat oww,,,

INGAT!! 
neyla bukan tutor make up ook...neyla cuma SAJA2 dan SUKA2 jak..



















muka bulat sebijik ciku,,ah comel tak haku?
eheh tomei kan(budjet nie masuk bakul angkat guna hitachi),,


~bye~

~Neyla~


Monday, July 9, 2012

semuanya gelap



hai..korang,,,masi singgah page neyla lg x? erummm ala korang...singgahla kejap..jangan lupa join sekali(eheh budjet simpati ni..sebab x follower)...


ok~ok~
lama neyla x update blog ni..bukan apa,,sebab neyla bz sangat2...sorry eak..ok...korang...pernah rasa kehilangan sesuatu yang sangat2n jorang sayag? x kirala boyfren ka gfren ka hp ka lappy ka parents ka kawan ka..atau harta berharga? erumm...

macam nie..bebaru nie neyla kehilangan semangat,...entahla..segala2nya rasa kosong selepas kehilangan die..yala da kita sayang kan...ok apapun neyla kena positif mungkin bukan rezeki dan jodoh kan...mungkin leoas nie ada lagi yang lagi baik..Allah itu adil dalam menentukan semuanya..kita cuma perlu berusaha,redah da pasrah menjalani ujianya...

erummm semenjak neyla kehilangan dia,,,hidup ni rasa sunyi..kerja pun malas..apa lagi makan..selalu x selera..kalau ikutkan hati neyla x mo jumpa dia lagi di office ni..neyla plan nak cari kerja lain...tapi....
erummmm semuanya mesti ada tapi.....payah kan...kalau kita menipu diri untuk jadi seorang yang tabah..bukan neyla x kuat dan redah cuma neyla sedih atas semua ni...neyla x larat da mengharunginya...

korang doakan neyla kuat semangat dan terus ada disini k...insyallah,,,

Tuesday, July 3, 2012

plz understand bout this





that's y i soo quiet ...dear...

~Neyla~

memberi maaf adalah yang terbaik



sesiapa saja x lari dari melakukan kesilapan...x kecuali diri Neyla sendiri,,memaafkan adalah sesuatu yang amat mulia,,sakit dilukai walaupun sudah sembuh namun x akan meningalkan kesan yang amat mendalam..

tiada sesiapa yang mahu disakiti atau dilukai apalagi dianiaya,,semua manusia inginkan kejujuran,keiklasan dan kebaikan..namun apabila ianya sudah dilukai sama ada dalam keadaan sedar atau x..kita harus memahami sesiapa sahaja..sama ada kekasih,sahabat atau keluarga  kita,,kita perlu memahami dan cuba untuk mentafsir kata hati mereka...cuba untuk memahami hati seseorang beerti fikir lebih jauh sebelum melalukan sesuatu yang mungkin akan menyakiti hati mereka..

walauapa pun..memaafkan adalah yang terbaik...

~kata hati x pernah menipu dan x pernah salah..

~Neyla~



Monday, July 2, 2012

Mohd Iz Haikal

best x p kenduri kawen? mesti best kan,,ya la mesti dapat makan free n bunga telur,,,ahahh,,,ok ok,,nie bukan nak sher crita best ka x p kenduri kwen nie,,tapi nak sher pasal...kesian dan sedihnya adik2 kecil yang dibawa sekali ke majlis kawen tu..ah nak tau cerita sebenar?


ok..ahad tu aku p kenduri kawen kazen..so alang pun bawakla sekali hero kami ni..Mohd iz haikal,,ah hero kami nie umur baru 9 bulan..tapi perangai mengalahkan aroon aziz dalam KL GANGSTER watak - Malik(ahha ganaz),,,ah...korang tau,,,masa pertama dia boleh tahan lagi,,,boleh senyum2 dan panjat2 meja lagi..yala masa tu stay bawah canopy,.,masa tu tengahari,,matahari memang memacak...dangan ramai orang lagi...sian,,,keadaan memang sangat panas...masa kedua..si hero mula merengek...di rasuah dengan botol susu,,,ok lagi..stedy,,,masa ketiga, merengek lagi..di rasuah lagi dengan bunga telur,,,masa keempat..suara tangisan memecah keriuhan..ahhaha si hero menangis x boleh dipujuk lagi akhirnya kami pun balik...

masuk dalam kereta,,dapat aircond..serta merta diam..sambil senyum2...huhu rupanya dia kepanasan..kesian dia...

bagi sesiapa yang bawak anak kecil atau adik2 yang kecil ke majlis seumpama ini..silalah memahami isi hati mereka..ahah sebab kita yang besar gedabak ni pun merasa bahang panas tu apa lagi diaorang kan..hihi


akhirnya....

~Neyla~

Make Over

Last sunday i'll do my first make over..


Make over yang tak terlampau over ok~
hihi,,,,ok ok ahad lalu neyla dapat projek(ya ya ja projek hahha) projek menconteng muka along n alang...hihih kalau selalu neyla mo make up diorang nie..ah kompem diorang cakap "dak payala dik..terima kasi jak",,ah~ kesian neyla kan..terpendam lagi bakat yang memang untuk dipendam ja ni..hihi

ok ok...jom tengok gambar before n after ok...






nie alang...neyla x tau nak buat kening tu camna sebab alang x kasi neyla cukur/alis kening dia,,hihihi




ni along...along pulak mo make up yang simple ja..so neyla make up ala kadar ja,,

hihih ni percubaat pertama ok...nextime i will do batter then this...ngn model baru lagi,,,


~Neyla~